Pada 15 April 2013 pengauditan pensijilan semula Amalan 5S bagi Penjara Alor Setar, Kedah telah dilaksanakan oleh wakil Malaysian Productivity Corporation (MPC) iaitu Encik Josffa bin Ismail.
Pengauditan melibatkan 4 zon iaitu Zon Huma ( Kiosk HRMIS, Pejabat Atur Tugas, Pejabat Latihan, Bilik Kuliah, Balai Pengawal, perkarangan penjara dan Bilik Taklimat), Zon Mahsuri ( Pintu Utama, Pejabat Penguasa, Pejabat Timbalan dan Bilik Mesyuarat), Zon Masria ( Pejabat Rekod, Tempat Jumpa dan Stor Simpanan Barang Banduan) dan Zon Malinja ( Pejabat Pentadbiran, Urusetia, Pejabat Pengarah dan Bilik Fail ).
Hasil pengauditan, institusi ini layak untuk dipersijilkan semula kerana telah memenuhi standard yang ditetapkan.
""